fbpx
Reading:
Syarikat Malaysia Yang Ada Hubungkait Electric Vehicle

Syarikat Malaysia Yang Ada Hubungkait Electric Vehicle

July 3, 2021

Electric Vehicle atau EV adalah salah satu mega trend yang kita harus perhatikan.

Kerana trend ini dijangka akan mengubah landscape automotive dunia.

Penjualan kereta berlandaskan EV telah mencapai 10 juta unit pada tahun 2020, peningkatan sebanyak 43% dari tahun 2019.

Peningkatan yang mendadak ini adalah signal yang jelas kepada kita tentang betapa besarnya perubahan yang bakal berlaku dalam beberapa tahun akan datang.

Malah teknology ini telah diuji dalam perlumbaan F1 sejak 2014 lagi. Meskipun pada awalnya menerima pelbagai kecaman.

China adalah antara negara yang sedang mendahului penggunaan EV di dunia.

Kebanyakan negara maju telah meletakkan sasaran iaitu pada tahun 2050 tiada lagi internal combustion engine atau ICE akan dijual.

So, judging from the timeline, ini bermakna, kereta ICE terakhir yang akan dijual adalah pada tahun 2040.

20 tahun adalah tempoh yang singkat. Ini telah membuatkan banyak jenama kereta ternama dunia berlumba untuk menghasilkan kereta berlandaskan EV.

Perubahan yang mendadak ini akan melibatkan keseluruhan supply chain dalam industry automotive dan kalau anda nak tahu di Malaysia terdapat beberapa syarikat yang terlibat juga.

Jom kita tengok.

GREATECH

Syarikat dari Penang ini adalah antara saham Bursa yang menjadi perhatian pelabur global over the last few months.

Greatech terlibat dalam industry renewable dan mempunyai exposure dalam technology solar dan juga Electric Vehicle.

Antara customer terbesar mereka adalah syarikat renewable famous dari United States iaitu First Solar dan juga Lordstown.

Dengan track record dan pengalaman yang ada, Greatech memang tiada masalah untuk mendapat contract baru.

Secara tak langsung dapat mengekalkan trajectory keuntungan yang mantap.

Mereka adalah antara syarikat yang mempunyai hype EV paling tinggi di Malaysia

D&O GREEN TECHNOLOGY

Syarikat LED lighting dan sensor dari Melaka ini adalah antara saham low profile Bursa yang power.

Kalau anda nak tahu, product dari D&O ini terdapat di hampir kesemua jenama kereta ternama dunia seperti BMW, Mercedes, Jaguar, Ford, Aston Martin, dan lain-lain.

Internal lighting dan sensor adalah antara component yang penting dalam pembuatan kereta modern dan juga EV.

D&O mempunyai market share sebesar 5-6% untuk pasaran automotive LED dan sensor di seluruh dunia.

Nature of contract yang panjang telah memberi visibility yang mantap kepada syarikat ini dan antara punca kenapa pelabur meletakkan premium yang tinggi kepada D&O.

MPI

MPI adalah indirect winner kepada EV. Syarikat ini adalah salah satu saham semi-conductor tersohor dan paling otai di Malaysia.

Mereka mempunyai exposure dalam pembuatan chip untuk electrical appliances, mobile phone, 5G dan juga automotive.

Untuk tahun 2020, segment automotive telah menyumbang around 30% to group’s revenue dan ini dijangka meningkat selari dengan perkembangan landscape EV dunia.

Mereka mempunyai kilang di China dan ini akan memberi advantange yang besar kepada MPI.

Sebab China adalah pasaran EV terbesar dunia dan antara negara paling pesat yang membangunkan technology EV.


Adakah anda boleh lihat ke mana arah tuju teknologi automotif?

Cerita kereta boleh pandu sendiri pun boleh jadi bukan lagi cerita dongeng.

Kita yang perlu pandai mengkaji dan ambil peluang berkembang maju bersama mereka.

Adanya ilmu pelaburan, insya’Allah anda tahu apa nak buat. Tapi jika tiada, carilah ilmu tesebut.

Bantu kami share dan war-warkan kepada lebih ramai orang tentang info ini.


NAK EBOOK !


Related Stories

June 5, 2021

Analisis Saham DNEX (04jun2021)

May 31, 2021

Analisis Pergerakan KLCI 30 Mei 2021

December 31, 2020

Mampukah 2021 Ulang Kecemerlangan Pasaran Saham

Arrow-up