fbpx
Reading:
Setiap Tahun RM 2Billion Lebur Ke Skim Cepat Kaya

Setiap Tahun RM 2Billion Lebur Ke Skim Cepat Kaya

August 19, 2021

“SETIAP TAHUN, RAKYAT MALAYSIA TELAH MENGELUARKAN SEBANYAK RM2 BILLION UNTUK SKIM CEPAT KAYA – BUKIT AMAN”

Memandangkan Bukit Aman dah keluarkan statistik, Stallion nak beri peringatan, nasihat dan bagi korang tips terbaik macam mana nak hidu pelaburan yang mempunyai ciri-ciri skim cepat kaya.

Pertamanya, hukum alam yang korang kena pegang sampai bila-bila adalah, duit memang tidak akan datang tanpa usaha dan juga risiko.

Usaha dan risiko adalah dua elemen penting yang korang kena faham sebelum nak melabur.

High risk, high return! Ini adalah ayat mat Salleh yang menerangkan dengan lebih tepat tentang konsep risiko untuk semua jenis pelaburan yang ada di muka bumi ini.

Lagi besar jumlah keuntungan dari paras normal, lagi besar lah risiko korang bakal hadapi.

So persoalannya sekarang, berapa keuntungan paras normal tu?

Benchmark utama yang boleh digunapakai sebagai perbandingan adalah dividend dari pelaburan ASB.

So kalau tetibe korang dengar ada skim pelaburan yang menawarkan SEBULAN 20% KONSISTEN tanpa sebarang usaha dan juga risiko rugi, korang kena berjaga-jaga.

Lagi satu cara untuk kita selamatkan diri anda dengan buat semakan lesen mereka.

Di Malaysia, hanya orang yang berlesen boleh menerima dana dari orang awam.

Duit tu pulak tak boleh masuk dalam akaun peribadi pengurus dana.

Tapi perlu terus ke syarikat pelaburan bertauliah. Contohnya seperti Phillip Capital Management.

Cara nak semak lesen mereka adalah melalui website Security Commission Malaysia >> KLIK SINI

Contohnya kami semak lesen team kami, Ahmad Luqman Nulhakim. Akan tertera lesen Remisier beliau.

So pesanan Stallion untuk orang yang suka nak untung cepat, banyak dan goyang kaki ni, lebih baik korang habiskan masa dengan belajar dulu.

Fahamkan konsep pelaburan. Belajar jual beli sendiri dalam pasaran saham.

Nak untung cepat ada cara, nak untung banyak ada cara. Dan ada risikonya tersendiri.

Tapi kena ingat, usaha yang kita letak akan bergerak selari dengan profit yang kita akan dapat.

Related Stories

January 30, 2021

Cara Semak Jerung Dalam Saham Bursa Malaysia

December 9, 2020

Sektor Terpenting Di Wall Street

June 19, 2021

Saham Malaysia Sesuai Strategi Breakout Atau Dip

Arrow-up