fbpx
Reading:
Sektor Terpenting Di Wall Street

Sektor Terpenting Di Wall Street

December 9, 2020

Pasaran Wall-street adalah rumah kepada lebih 16,000 saham dan setiap saham mempunyai behaviour yang berbeza.

So sebagai orang yang baru nak mula berdagang dalam saham global korang mesti penaing kepala kan mana satu nak focus?

Ok cara paling senang nak kenal saham-saham ni semua adalah dengan mengenali mereka mengikut sektor.

Antara sektor terpenting yang korang kena tahu adalah Technology, Consumer, Industrial dan Oil and gas.

Pergerakan sektor akan bergerak seiring dengan pergerakan ekonomi dunia dan situasi semasa.

Setiap sektor diwakili oleh satu index atau benchmark sama juga seperti KLCI.

So, dengan membaca pergerakan benchmark untuk setiap sektor ia boleh membantu kita untuk menjadi lebih focus ketika membuat decision.

Sektor Teknologi

Ok kita start dengan sektor Technology ye. Sektor ni adalah antara sektor yang bergerak selari dengan ekonomi dunia.

Di mana kalau situasi ekonomi positive sektor ni memang confirm bergerak ke atas.

Ada dua segment penting dalam sektor ini yang korang kena tahu, iaitu soft tech dan hard tech.

Soft tech adalah saham technology bersifat software seperti Amazon, Microsoft, Google, Facebook, Adobe dan Salesforces.

Manakala hard tech pulak adalah saham semi-conductor seperti Nvdia, Broadcom, Qorvo, AMD dan AMAT.

Sektor technology ini lah yang telah membawa pasaran saham Wall-street ke bulan dan menjadi tunjang kepada kebangkitan pasaran saham global.

Hal ini disebabkan ramai menjangka US dan China akan berbaik-baik.

Tapi korang kena ingat, sektor ini adalah bersifat cyclical.

Kalau ekonomi dunia lembab atau US start bergaduh balik dengan China, sektor ini lah yang akan kena hentak dulu especially segment hard tech.

So secara ringkas, kalau korang nak jadi short-term trader, sektor technology adalah sektor yang wajib utk korang tengok sbb pergerakan sangat active.

Sektor Consumer

Next adalah sector consumer. Sektor ni agak lembab berbanding technology tetapi ia lebih stabil sebab mempunyai ciri-ciri defensive yang mantap.

Antara saham dalam sektor ni adalah MCD, JNJ, P&G, NIKE, COCA-COLA, COLGATE dan PEPSI.

Rasa-rasa korang boleh hidup tak kalau syarikat ni semua tiba-tiba hilang dalam dunia ni?

Mesti susah kan sebab hampir setiap orang dalam dunia ni adalah pelanggang kepada syarikat di atas dan walau macam mana teruk ekonomi dunia pun, orang masih guna product dia.

Memandangkan sektor ni kurang laju so dia lebih sesuai untuk dimainkan oleh pelabur yang mempunyai jangka masa yang lebih panjang atau boleh kata pegangan 2-4 bulan.

So, bila keadaan ekonomi atau pasaran saham kurang positive, jerung global akan memulakan pemindahan wang dari sektor yang laju seperti Tech ke sektor lebih perlahan dan selamat seperti Consumer.

Ini adalah salah satu cycle yang biasa berlaku dalam pasaran saham dan korang semua kena ikut kalau nak selamat.

Kalau korang tahu tentang sector rotation ni semua, kerja untuk mencari saham pilihan menjadi mudah dan tersusun.

Lepas dah tahu sector apa nak bedal, baru boleh cari saham yang nak di beli menggunakan technical analysis. Haa mcm tu laa cerita diaaaa.



0 Comments

Leave a Reply

Related Stories

January 1, 2021

Saham Syarikat Sosial Media Di Wall Street

June 2, 2021

Analisis Saham Global Oreilly (ORLY)

June 1, 2021

Analisis Saham Microsoft 31 Mei 2021

Arrow-up