fbpx
Reading:
Saham Syarikat Sosial Media Di Wall Street

Saham Syarikat Sosial Media Di Wall Street

January 1, 2021

Pasaran Wall-Street adalah rumah kepada 3 saham sosial media yang paling famous dalam dunia.

Saham-saham media social nampaknya telah mendahului carta kenaikan tertinggi dengan keuntungan melebihi dari 100%.

Peluang untuk saham sosial media ni terus mencatatkan kenaikan dalam jangka panjang adalah cerah sebab setiap tahun jumlah pengguna sudah pasti akan meningkat.

Mengikut statistik terbaru, 40% atau 3 billion dari populasi bumi menggunakan media sosial dan angka ini dijangka akan terus meningkat dengan pesat sehingga 2025.

Penduduk dari Asia adalah antara penyumbang terbesar kepada kenaikan penggunaan media sosial.

Lagi ramai orang guna media sosial memang lagi naik lah saham-saham media social ni.

Jom tengok saham medial sosial mana yang mencatatkan keuntungan tertinggi.

#1. SNAP INC

Snapchat adalah antara produk yang dikeluarkan oleh Snap Inc pada tahun 2011 yang dicipta oleh beberapa student dari Standford University.

Nilai keseluruhan syarikat adalah $15 billion dan didagangkan dengan harga $11 se-unit.

Snap adalah antara saham Wall-Street yang terbaik setakat 2019 sebab ia telah mencatatkan keuntungan sebanyak 100%.

Mengikut statistik terbaru, Snapchat ada lebih kurang 249 juta pengguna dalam sehari dan kebanyakannya adalah pengguna dari United States.

Saham Snap telah naik dengan mendadak di mana harga 1 unit saham pada bulan Mac 2020 hanya $8usd. Sekarang harga 1 unit saham Snap Inc adalah $50usd.

525% kenaikan dalam masa setahun. WOW !!

#2. Facebook

Saham FB adalah saham media sosial terbesar di dunia dengan nilai keseluruhan sebanyak $778 billion USD dan didagangkan dengan harga $273usd 1 unit.

Setakat hari ini, saham FB telah mencatatkan kenaikan sebanyak 95% selepas kejatuhan pada bulan Mac 2020. Dan nampak gaya mungkin akan terus naik.

Dalam satu hari, FB dan Instagram mempunyai daily user sebanyak 2.7 billion dan setiap bulan jumlah pengguna telah naik dengan mendadak.

Sebagai pengguna FB dan Insta, korang boleh nilai sendiri tentang ketagihan manusia zaman sekarang dengan dua apps hebat ni.

Lagi ramai org ketagih, lagi naik la saham FB.

Dalam satu hari, jumlah syarikat kecil hingga syarikat besar spend dekat ads di facebbok sebanyak $100 juta USD untuk mengiklankan produk mereka di FB dan Insta.

#3. Twitter

Saham Twitter didagangkan dengan harga $54usd se-unit dengan nilai keseluruhan sebanyak $43 billion.

Dalam satu hari, apps Twitter telah digunakan oleh 330 juta manusia. Peningkatan yang ketara jika nak dibandingkan dengan tahun 2019.

Setakat hari ini, saham Twitter telah merekodkan kenaikan sebanyak 145% semenjak kejatuhan pada Mac 2020 dan nampak gaya macam ada sinar nak jalan lagi tu.

Twitter ni memang ada peminat yang tersendiri dan dijangka akan terus relevant untuk masa akan datang. 

Ia digunakan oleh orang dari pelbagai umur sebab apps dia memang agak effektif untuk sampaikan maklumat.



0 Comments

Leave a Reply

Related Stories

June 1, 2021

Analisis Saham Microsoft 31 Mei 2021

December 9, 2020

Sektor Terpenting Di Wall Street

August 19, 2021

Setiap Tahun RM 2Billion Lebur Ke Skim Cepat Kaya

Arrow-up