Hari ni Stallion nak kupas tentang topik yang paling hangat diperkatakan. Topik yang dimaksudkan adalah shariah status untuk Option di pasaran global.
Memang tidak dinafikan terdapat banyak pendapat dan pandangan tentang Option buat masa ini.
So adalah tidak adil untuk kita menjatuhkan hukum dengan mudah tanpa membuat kajian yang mendalam dan mengambil pandangan orang lain.
Menjatuhkan hukum adalah perkara yang besar dan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya.
Apakah Option?
Sebelum kita bercerita dengan lebih panjang tentang pandangan dari para ulamak dan golongan professional tentang Option, Stallion nak ulas apakah maksud Option dan bagaimanakah Option berfungsi.
Ini adalah kerana ramai yang masih tidak faham tentang fungsi dan konsep Option.
Option adalah salah satu instruments atau derivative product yang didagangkan di pasaran Wall-Street dan juga beberapa pasaran besar yang lain seperti Eropah.
Boleh kata, 80% daripada perdagangan pasaran Option berlaku di pasaran Wall-Street, United States.
Pasaran kedua yang best untuk trade Option adalah pasaran saham Germany. Ada banyak saham famous dunia seperti Adidas, BMW dan VW yang boleh memberi liquidity yang cukup untuk pergerakan yang efisien.
Kat Malaysia ada ke Option ni?
Di Malaysia Option memang tidak didagangkan kerana pasaran kita terlalu kecil dan tidak mampu memberi liquidity atau kecairan yang cukup untuk pergerakan yang sempurna.
So bila produk ini tak ada di Malaysia. Produk ini tidak didagangkan oleh pelabur-pelabur institutional atau badan berkepentingan di negara ini.
Jadi memang susah untuk kita mendapatkan pandangan rasmi atau panduan sempadan daerah halal atau haram dari Badan Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia.
Selalunya badan penasihat shariah Malaysia hanya menetapkan panduan untuk produk yang berada di Malaysia.
Selain itu, produk pelaburan luar negara yang sering didagangkan oleh pelabur-pelabur strategik seperti BNM, PNB, Tabung Haji, KWAP dan lain-lain.
Option mempunyai karekter seperti Warrant di Bursa tapi untuk Option kita boleh menukar expiry date mengikut strategi dan kesesuaian modal pelaburan.
Apabila Option sudah tamat tempoh pada masa yang sama berada di zone hijau atau untung, pelabur boleh menukar pegangan Option kepada pegangan saham utama syarikat tersebut dengan menambahkan modal mengikut unit yang dibeli.
Process conversion Option ke saham utama adalah sama seperti Warrant di Bursa.
Bila Badan Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti tidak membuat kata putus utk Option, kita mestilah berikhtiyar untuk mencari pandangan dari para ulamak dan golongan professional yang boleh diguna pakai sebagai panduan dan pegangan.
Dalam kontex ini, Stallion nak mengulas beberapa pandangan golongan cendekiawan, Ulamak dan Professional dalam hukum sempadan perdagangan Option.
Pandangan pertama adalah dari Hashim Kamali (1998, International Islamic University Malaysia).
Beliau berpendapat perdagangan Option adalah dibenarkan dan selari dengan konsep al-urbun iaitu amalan berjual beli yang lazimnya melibatkan bayaran pendahuluan.
Beliau berdebat isu ini dengan memetik Hadith dari para sahabat Barira (RA) dan Habban Ibn Munqidh (RA).
Pandangan kedua adalah Abu Sulayman (1992, Fiqh Acedemy Jeddah). Beliau juga telah mengatakan Option adalah dibenarkan dengan menggunakan konsep al-urbun.
Ianya akan menjadi haram sekiranya nilai sesebuah Option itu tidak terikat kepada asset asas yang merujuk kepada saham utama. Atau lebih tepat lagi TAK BOLEH EXERCISE.
Lihat contoh postion di bawah ini :
Position option saham Xiaomi telah tamat tempoh atau expired dalam keadaan untung, jadi kita boleh convert ke mothershare saham Xiaomi untuk kekalkan keuntungan dan pegangan saham kita.
Namun kita perlu topup mengikut mekanisme kiraan harga semasa saham.
Konsep ni sama je macam Warrant di Bursa Malaysia. Kita da pilihan sama ada nak convert ke mothershare atau tidak.
Jika anda pelabur atau pedagang Bursa, anda akan faham kenapa orang tak convert ke motherstock apabila expiry.
Pandangan ketiga adalah dari Datuk Dr Mohd Daud Abu Bakar (Pengerusi Majlis Penasihat Shariah BNM dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia) yang lebih terjurus kepada pandangan peribadi dan tidak mewakili pandangan rasmi dari mana-mana badan yang diwakilinya.
Beliau beranggapan Option/Warrant adalah Shariah sekiranya saham utama adalah Shariah dengan beranggapan Option/Warrant adalah satu harta yang boleh dinilai dan boleh diniagakan.
Dan Option/Warrant tersebut hendaklah memberikan “HAK” atau “RIGHTS” kepada pelabur atau trader yang mempunyai Option/Warrant untuk memiliki Motherstocks.
Atau dalam bahasa lain ada hak untuk CONVERT/EXERCISE kepada Motherstocks.
Untuk sekadar membuka mata dan bukan menyamakan ye!
Jom kita tengok kes pelaburan ASB yang dikatakan tidak patuh shariah oleh beberapa pihak.
Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan hukumnya adalah Harus bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar.
Dalam hal ini, antara hujah yang digunakan adalah Maybank adalah satu institusi perbankan Islam terbesar di Asia Pasifik.
Sekiranya PNB melepaskan pegangan dalam Maybank, ia bukan hanya akan meruntuhkan ekonomi pemegang saham yang majoriti adalah orang Melayu Islam, bahkan ia juga akan memberi kesan besar kepada situasi ekonomi negara dan banyak organisasi berkaitan orang Islam.
Stallion telah memberi hujah-hujah dari golongan cendekiawan yang lebih terjurus kepada hukum sempadan Option yang dikatakan patuh shariah atau diterima dari segi Islamic principle.
Stallion juga mengambil maklum bahawa terdapat dua jenis pandangan yang berbeza tentang Option yg memberi pandangan yang bercanggah.
Kita seharusnya menghormati pandangan dari kedua-dua belah pihak dan keputusan untuk memilih adalah ditangan anda.
Akan tetapi kuasa untuk memutuskan atau menjatuhkan hukum seharusnya kita berikan saja kepada golongan ulamak, cendekiawan dan professional sahaja.
Ibn Qayyim menulis “Hukum-hukum ada dua jenis. Satu jenis ialah yang tidak berubah dari keadaannya yang asal, baik disebabkan oleh masa atau tempat dan tidak juga disebabkan ijtihad ulama seperti hukum wajib bagi pelbagai kewajiban, haram bagi pelbagai pengharaman, hudud yang telah ditetapkan oleh syara’ ke atas perbuatan jenayah dan sebagainya.
Jenis kedua ialah apa yang berubah mengikut ketentuan maslahat yang ada pada masa, tempat dan keadaan seperti kadar hukum ta’zir, jenis-jenisnya dan sifat-sifatnya
Stallion harap hasil penulisan ini dapat membuka minda anda dan menjadi lebih selesa ketika membuat pilihan. Semoga maju jaya!
bursa malaysiaoptionoption shariah kepasaran globalpelaburansaham globalshariahstallion brotherssyariah status