fbpx
Reading:
Mampukah 2021 Ulang Kecemerlangan Pasaran Saham

Mampukah 2021 Ulang Kecemerlangan Pasaran Saham

December 31, 2020

Tahun 2020 adalah antara tahun terbaik utk pasaran saham dunia. Tahun ini lah ramai pelabur telah mendapat keuntungan luar biasa.

Ramai berjaya mengambil peluang dari kejatuhan dan kenaikan besar disebabkan oleh pandemic Covid-19.

Tapi persoalan utama sekarang, boleh ke pasaran saham naik se-power tahun 2020?

Boleh Ke Tahun 2021 Ulang Kembali Kecemerlangan Pasaran Saham Dunia?

Ini adalah antara persoalan yang bermain-main di minda pelabur sekarang ini, baik pelabur professional mahu pun pelabur runcit.

Jawapan kepada soalan ni memang panjang, tapi nak pendekkan cerita, jawapan dia memang boleh tetapi kita mestilah selective dalam memilih sector dan juga saham.

Saham yang telah naik menggila pada tahun 2020 seperti Zoom, Supermax dan Topglove dijangka akan terus stabil pada tahun 2021.

Akan tetapi trend kenaikan akan menjadi lebih mendatar berbanding tahun 2020.

Sebab catalyst untuk saham terus naik secara mendadak sudah berkurangan dimana harga jualan dan juga customer-based sudah melepasi level kemuncak.

Apa je yang akan naik?

Haa ini soalan yang padu dan tolong hadamkan jawapan yang Stallion nak bagi ni.

Selepas crisis yang besar, pelabur jerung akan membuat satu rotation dalam memilih sector dan juga saham.

Ini akan membuatkan saham-saham yang berat atau dipanggil cyclicals seperti consumer, construction, banking, energy, telco, plantation dan property akan naik.

Rotation ini didorong oleh kelonggaran yang teramat besar oleh Central Banks di seluruh dunia.

Kelonggaran yang dimaksudkan adalah kadar pinjaman yang murah, penangguhan bayaran hutang dan juga cash handouts untuk orang yang memerlukan.

Kelonggaran ini akan terus diberikan bertahun lamanya dengan misi utama untuk menjana pertumbuhan ekonomi dan menghasilkan peluang pekerjaan.

Selagi kelonggaran ini ada, anda semua jangan risau. Pasaran saham akan terus padu.

Progress vaccine juga akan menjadi salah satu catalyst yang besar dan mampu memberi lonjakan yang kuat pada pasaran saham utk tahun 2021.

So, setiap kejatuhan dalam pasaran saham adalah peluang untuk kita sebab Central Banks di seluruhan dunia akan berusaha keras utk memastikan pasaran saham terus bergerak kehadapan.

Technology atau saham berasaskan internet juga mampu memberi tujahan yang padu pada tahun 2021.

Saham internet?

Haa antara saham internet yang padu ada kat dunia ni adalah ALIBABA, TENCENT, JD, BAIDU, AMAZON, SEA LTD dan yang seangkatan dengannya.

Pandemic ni telah membuka satu dimension yang baru untuk syarikat berasaskan internet dimana mereka telah mendominasi pasaran jualan dunia dengan jutaan pelanggan baru.

Momentum yang pada ini mampu memberi tujahan yang sangat padu kepada saham-saham yang berada di sekeliling sector tersebut.

Kestabilan politik di United States juga akan menjadi catalyst kepada saham saham di China. Ada banyak saham China yang kita boleh beli melalui Hong Kong Stock Exchange.

Antara saham tersohor yang telah memberi keuntungan besar kepada team Stallion adalah XIAOMI dengan kenaikan lebih dari 200% dalam masa beberapa bulan sahaja. Apa yang best adalah, saham ni memang mampu milik.

Ini baru sikit guys, rasa mcm tak puas pulak nak tulis. Kalau nak dengar ulasan yang penuh, jom join SKPG. Kita cuba membantu anda untuk paham apa peluang yang ada dalam pasaran saham global.



0 Comments

Leave a Reply

Related Stories

November 29, 2020

5 Tips Penting Untuk Pemilihan Saham Yang Bagus Di Bursa

December 9, 2020

Sektor Terpenting Di Wall Street

Arrow-up