fbpx
Reading:
Kesan Daripada Pembatalan Projek HSR

Kesan Daripada Pembatalan Projek HSR

January 3, 2021

Saham Apa Yang Mungkin Tumbang Dari Pembatalan HSR?

Saham yang paling terkesan dari pembatalan project besar ini adalah saham–saham dari segment property.

Tapi, financially, bukan semua saham property akan terkesan sebab project ni hanya akan memberi kesan negative kepada developer yang berada di area Seremban dan juga Melaka.

Sebabnya dua bandar ni terletak pada jarak yang agak jauh dengan dua bandar besar Malaysia dan Singapura.

So, dengan jarak yang sedemikian, sudah pasti HSR mampu memberi impact yang padu dimana ia akan menarik minat pembeli dari kawasan bandar atau berpendapatan tinggi.

Developer di Johor macam mana pulak?

Untuk developer yang berada di Johor mungkin tak ada impact yang besar.

Kerana faktor utama adalah faktor jarak dan mengikut statistic yang ada, orang Singapura lebih gemar untuk menaiki kenderaan ke Johor.

Untuk pemaju di Johor, Stallion rasa project JB-Singapore Rapid System adalah lebih crucial.

Kalau project ni dah start jalan, mungkin lambakan rumah di area Nusajaya Johor tu boleh dipulihkan.

Seremban dan Melaka

Ok jom focus kepada developer yang berada di area Seremban dan juga Melaka.

Ada beberapa developers yang berstatus elite yang telah membangunkan area Seremban dengan harapan HSR akan melalui kawasan tersebut.

Kalau korang lalu highway Utara-Selatan area Seremban mesti akan perasan developers area situ.

Mereka adalah developers besar yang mempunyai land bank yang agak besar di Seremban.

Untuk Melaka tak banyak nama besar, tapi ada satu developers yang agak terkenal dalam kalangan pelabur.

Mereka mungkin akan terkesan sebab mereka ni memang aktif di Melaka.

Pembatalan project berskala besar seperti HSR ini mampu memberikan flexibility kepada kerajaan untuk lebih focus memulihkan ekonomi post pandemic.

Akan tetapi ia boleh dikatakan news yang sangat negative kepada saham property dan juga construction.

Untuk jangka pendek, dua sektor ini pasti terkesan dari segi sentiment dan penjualan mungkin akan mengganas bila market buka nanti.

Di hujung minggu ni, boleh lah buat homework sedikit dari perkongsian ini. Semoga dapat membantu anda merancang.



0 Comments

Leave a Reply

Related Stories

June 5, 2021

Analisis Saham DNEX (04jun2021)

June 7, 2021

Analisis Pergerakan Saham IJM 06 Jun 2021

August 19, 2021

Setiap Tahun RM 2Billion Lebur Ke Skim Cepat Kaya

Arrow-up