fbpx
Reading:
Gergasi Semikonduktor Dunia Yang Beroperasi Di Malaysia

Gergasi Semikonduktor Dunia Yang Beroperasi Di Malaysia

September 13, 2020


4 SAHAM SEMIKONDUKTOR GERGASI DUNIA YANG BEROPERASI DI MALAYSIA

Malaysia adalah antara salah satu destinasi penting untuk industry semiconductor dunia dan kalau ikut ranking.

Boleh kata Malaysia terletak dalam senarai Top 10 destinasi pelaburan untuk syarikat semiconductor dunia.

Tapi kenapa Malaysia? Sebab utama adalah dorang senang nak dapat high-skilled labour pada harga yang berpatutan.

Kita juga ada infrastructure yang paduuu untuk industry semiconductor berkembang.

INTEL (INTC US)

Syarikat ni tak payah intro sebab mesti semua dah kenal kan. Intel mula bertapak di Malaysia se-awal tahun 1972 dan lokasi pilihan adalah di Bayan Lepas Pulau Pinang.

Masa tu boleh kata separuh syarikat yang ada dalam Bursa tu masih belum wujud. Dari awal penubuhan Intel di Malaysia, syarikat itu telah berbelanja lebih kurang Rm14 billion dan telah berjaya mewujuddkan 10,000 peluang pekerjaan.

Kalau korang nak tahu, syarikat Multinational mat selleh selalu bagi saham free kepada pekerja.

So siapa yang dapat tu memang masyuk sebab dalam masa 10 tahun, saham Intel telah mencatatkan kenaikan sebanyak 500%. Ini belum masuk lagi dividen tahunan lagi dalam sekitar 2-3% setahun.

TEXAS INSTRUMENT (TXN US)

Sekali pandang dengar macam syarikat buat rokok pun ada tapi korang silap sebab ini adalah antara saham semiconductor tersohor dunia yang berasal dari United States.

Saiz keseluruhan syarikat Texas Instrument adalah $120 billion.

Mula beroperasi di Malaysia pada tahun 1972 bertempat di Ulu Kelang Free Trade Zone dan kini TXN juga mempunyai operasi yang agak besar di Batu Berendam Melaka.

Siapa tak kenal saham dia memang rugi sebab TXN ni adalah antara salah satu saham penting yang menjadi penggerak kepada technology dunia.

Saham ini juga telah memberi pulangan sebanyak 200% kepada pelabur dalam masa 3 tahun, belum masuk dividend lagi tau yang menjangkau 3-4% setahun.

ANALOG DEVICES (ADI US)

Analog Devices atau dikenali dengan nama ADI dalam Stallion group dan adalah merupakan antara saham favourite ketika ini.

Syarikat ini boleh kata orang baru la juga sebab mula bertapak di Malaysia pada tahun 1994 di Pulau Pinang.

Orang yang tak terlibat saham global mesti tak tahu pasal ADI kan?

Syarikat ni berasal dari United States dan mempunyai kepakaran dalam pembuatan intergrated circuits utk kelengkapan electronic.

Saiz keseluruhan syarikat adalah $44 billion atau dalam Ringgit Rm181 billion.

Dari segi prestasi saham memang padu sebab dalam masa 3 tahun, saham ADI telah memberi pulangan sebanyak 200% kepada pelabur.

Syarikat ni mempunyai hampir 2000 staff di Malaysia dan paling best adalah 100% adalah rakyat Malaysia!

INFINEON (IFX GR)

Infineon adalah saham semiconductor yang berasal dari Germany dan ia adalah anak syarikat saham technology gergasi Eropah iaitu Siemens.

Melaka adalah antara kubu kuat untuk syarikat Infineon sebab kalau korang nak tahu, kilang Infineon kat Batu Berendam tu adalah satu-satunya kilang di luar Eropah berteknologi tinggi yang melakukan integrated manufacturing.

Mula bertapak pada tahun 1973 dan kini mereka beroperasi di dua lokasi di Malaysia iaitu Melaka dan Kulim.

Infineon telah membuka peluang kepada hampir 10,000 peluang pekerjaan di Malaysia. Apa yang lagi best, 30% of Infineon’s global workforce ada kat Malaysia.

Saham dia listed di Frankfurt Stock Exchange Germany dengan harga €20 se-unit dan prestasi untuk 3 tahun adalah lebih kurang 170%.



0 Comments

Leave a Reply

Related Stories

January 31, 2021

Kebangkitan Pelabur Marhaen Menumbangkan Jerung

January 1, 2021

Saham Syarikat Sosial Media Di Wall Street

December 16, 2020

Airbnb Naik Lebih 100% Hari Pertama Listed !

Arrow-up