fbpx
Reading:
Apa Impak Darurat Kepada Pasaran Bursa Malaysia?

Apa Impak Darurat Kepada Pasaran Bursa Malaysia?

January 12, 2021

MALAYSIA DARURAT ??

Sebab negara bukan dalam peperangan atau sedang bergelut dalam masalah yang luar dari pengetahuan kita.

Dari pandangan Stallion, hype darurat ni datang dari sebilangan ahli politik.

Tujuannya untuk mendapatkan political milage dan menunding jari atas kelemahan sendiri.

Layan masalah politik ni tak boleh menjana apa-apa, tapi layan pasaran saham Bursa dengan Stallion, insya’Allah boleh menjana pendapatan.. huhu.

Ok kita kena pandang situasi yang berlaku dengan lebih jauh. Tolong jangan terpengaruh dengan ahli politik baik dari kerajaan atau pon pembangkang.

Darurat atau State of Emergency ini adalah situasi dimana ia akan memberi absolute power kepada kerajaan. Kerajaan boleh memperkenalkan dasar tanpa melalui sidang parlimen.

Kerajaan dengan perkenan YDPA, boleh declare state of emergency atau darurat. Contohnya jika berlaku peperangan, natural disaster, rusuhan besar besaran dan pandemic.

Dalam keadaan darurat, kerajaan mampu membantu rakyat tanpa halangan dengan terus dan tanpa gangguan politik.

Dengan peningkatan kes Covid-19 yang mendadak sehingga sistem kesihatan tidak mampu menampung jumlah pesakit, memang ada logicnya kerajaan ishtihar darurat.

Pertama, kalau berlaku darurat di Malaysia adakah ia sesuatu yg luar biasa?

Jawapannya tidak sebab banyak negara lain dah declare state of emergency.

Antaranya Japan, Armenia, Estonia, Georgia, Latvia, Moldova, Romania, Slovakia, Czech Republic, Hungary, Spain, Italy dan beberapa negeri di United States of America.

Tujuannya untuk melawan pandemik dan peningkatan kes yang mendadak sehingga sistem kesihatan negara tidak mampu menampung.

Dalam context apa yang berlaku sekarang, state of emergency atau darurat adalah satu benda yang normal.

Memandangkan ia bukan sesuatu yang luar biasa, kita jangka impak kepada pasaran saham Bursa Malaysia adalah terkawal.

Kedua, kita merasakan rakyat Malaysia sudah bosan dengan permainan politik dari kedua-dua belah pihak.

Walau apapun pergolakan yang berlaku, rakyat dijangka akan terus tenang.

Tak mungkin rakyat mengadakan rusuhan seperti di negara jiran Indonesia dan Thailand.

Hal ini kerana rusuhan boleh memberi kesan yang lebih besar terutama keyakinan pelabur asing.

Rakyat Malaysia Lebih Matang

Kematangan rakyat Malaysia dalam menerima keputusan drastik kerajaan tanpa merusuh boleh dikatakan positive point utk Malaysia.

Orang kita ni paling kuat pun dia akan merusuh di Twitter dan Facebook saja.

Ketiga, dari segi sentiment dan prestasi, kita jangka pasaran Bursa akan mendapat tempias negative dalam jangka pendek.

Dan glove mungkin tidak mampu untuk memberi tujahan seperti mana yang di lakukan tahun lepas. Sebab hype on glove ni boleh kata dah berada di hujung-hujung.

Sentiment negative ini lebih menjurus kepada situasi Covid-19 Malaysia yang terus mencatatkan kenaikan mendadak.

Tetapi, ia mungkin tidak akan jatuh se-teruk bulan March sebab kita tahu vaccine akan tiba di Malaysia pada bulan February.

Sekirnya situasi Covid-19 dapat dikawal, kita jangka Bursa akan kembali menyinar. Kerana Malaysia adalah antara negara yang menjadi tumpuan oleh pelabur asing.

Malaysia berpotensi mencatatkan kenaikan terbesar dari segi pertumbuhan ekonomi dikalangan negara membangun.

Ini adalah antara point-point untuk anda firkirkan dan hadam.

Boleh kata, lagi banyak dia jatuh, lagi besar lah peluang yang ada di pasaran Bursa.

Kita jangkakan kenaikan atau peluang dalam jangka pendek ini akan dipacu oleh saham-saham yang berada dalam global supply chain.

Bukan saham saham yang focus kepada pasaran domestic.

Di Bursa Malaysia, terdapat banyak saham-saham yang berada dalam global chain dan mempunya trend yang padu.

Antaranya adalah saham dalam segment OSAT dan juga EMS.

Oleh itu, adalah normal untuk pasaran saham naik dan turun. Akan tetapi perkara utama adalah, macam mana kita nak mengenal pasti peluang.

Dengan ilmu, kita rasa semua akan menjadi mudah dan mungkin kita akan ada perspective yang berbeza ketika pasaran jatuh.



0 Comments

Leave a Reply

Related Stories

June 19, 2021

Strategi Buy On Breakout (BOB)

November 29, 2020

5 Tips Penting Untuk Pemilihan Saham Yang Bagus Di Bursa

Arrow-up