fbpx
Reading:
Airbnb Naik Lebih 100% Hari Pertama Listed !

Airbnb Naik Lebih 100% Hari Pertama Listed !

December 16, 2020

Stallion rasa Airbnb ni tak perlu lagi diperkenalkan sebab boleh kata ramai yang dah tahu perniagaan Airbnb.

Tapi mungkin ada yang tak tahu, Airbnb baru sahaja mendarat di pasaran saham Wall Street minggu lepas..

Di mana pada hari pertama listing je telah mencatatkan kenaikan sebanyak lebih 100% dari harga tawaran semasa IPO iaitu $68 se-unit.

Harga terkini untuk Airbnb adalah dalam lingkungan $140 se-unit.

Saham-saham otai pun kalah

Kalau kita tekan calculator, kenaikan yang telah dicatatkan oleh Airbnb adalah sebanyak 105% dalam hanya beberapa hari.

Dengan kenaikan sebesar itu, ia telah membuatkan Airbnb antara saham tourism-linked technology terbesar di dunia dengan saiz keseluruhan sebesar $100 billion.

Saham otai macam Booking.com dan Expedia senang-senang je dia titik.

Tapi mesti ramai yang pelik dan tak percaya, macam mana saham berkaitan pelancongan boleh perform gila-gila time covid-19 ni kan?

Haaa ini lah kuasa technology gaess, dimana anda hanya memerlukan idea dan internet sebagai asset paling bernilai.

Airbnb ni adalah perniagaan yang menggunakan asset light business model yang mempertaruhkan global connectivity dan trust kepada pelanggan mereka.

Apa yang lebih menarik adalah perniagaan Airbnb tidak mempunyai sebuah hotel langsung, tidak memerlukan asset yang mahal seperti bangunan, kilang etc.

So, boleh kata lagi ramai orang celik technology, lagi ramai lah pelanggan mereka.

Pelabur jerung global sanggup membeli Airbnb pada harga yang tinggi disebabkan mereka ni mempunyai listing atau host melebihi daripada 7 juta diseluruh dunia.

Jumlah ini adalah jauh lebih besar dari gabungan Top 5 hotel brands yang paling famous dalam dunia ni seperti Hilton, Sheraton dan lain-lain.

Pasaran terbesar mereka adalah di United States dengan 660,000 hosts and followed by France 485,000 dan Italy 340,000.

Airbnb mempunyai gross margin standing dengan saham-saham tech terkemuka yang lain.

Pada tahun 2019, Airbnb telah mencatatkan gross profit margin sebanyak 67%.

Ini bermakna untuk mendapatkan $1, Airbnb hanya mengeluarkan kos perbelanjaan kasar sebanyak $0.38 sahaja.

Sebab tu jerung global memang tergila-gila saham ni gaes dan semasa IPO hari tu, jumlah bidaan yang diterima adalah 30 kali ganda dari tawaran.

Kehadiran Vaksin Meyakinkan Pelabur

Point paling power adalah progress vaksin. Ini boleh kata game changer lah untuk saham-saham tourism diseluruh dunia sebab ia mampu menstabilkan pandemic yang dasyat ni.

Kita tahu, vaksin mungkin akan mengambil masa yang lama untuk cover 7 billion penduduk bumi.

Tapi anda kena faham, pasaran saham ni akan bergerak lebih awal dari reality.

Bila dah ada justifikasi situasi semasa ia sudah cukup untuk menghasilkan satu catalyst yang besar untuk saham tourism.

Point terakhir adalah sifat saham Airbnb yang unik. Saham ni boleh kata dua alam, half technology half tourism.

Sifat dia yang unik ni telah memberi kelebihan yang paling power. Ini antara factor utama kenapa jerung tergila-gilakan saham ni.

Dia punya growth rate dan profit margin macam saham technology.

Tapi dia punya branding dan reach macam saham tourism atau holiday business yang telah pun menjadi household name di 190 buah negara di seluruh dunia.

Benda unik macam ni lah yang kita kena cari dalam pasaran saham.

Cuma dari segi shariah, saham ini masih belum keluar status kerana baru diapungkan. Kita boleh masuk dalam watchlist dahulu.

Once dah keluar result status shariah, dan memang Pass Shariah. Boleh la terus bedal gaiss!

Ada beribu-ribu saham unik di pasaran global ni gaes. Kita akan kongsikan tips atau cara-cara untuk membuat screening saham-saham ni pada program SKPG nanti.



0 Comments

Leave a Reply

Related Stories

June 10, 2021

Analisis Saham Under Armour 10 Jun 2021

November 1, 2020

Option Shariah Ke? Apakah ‘Option’ Sebenarnya.

August 16, 2021

Remisier Team Stallion Brothers

Arrow-up