
9 Julai 2018 adalah tarikh keramat untuk syarikat XIAOMI kerana berjaya mengikut jejak langkah TENCENT dan ALIBABA masuk ke pasaran saham.
XIAOMI listed di pasaran Hong Kong dengan harga HK$22 se-unit bersamaan USD$2.80 dan Rm11.40 se-unit.
Selain menjual handphone, XIAOMI adalah syarikat yang menawarkan internet services, apps builder, IoT dan lifestyle products.
Kalau tengok business model, memang tak lari macam Apple. Owner XIAOMI memang idealistic dan mampu bersaing di peringkat Global.
Kalau korang semua nak tahu, XIAOMI adalah the fastest growing internet company in the world.
Selain itu, XIAOMI is ranked no 2 dalam list 50 syarikat terpandai dunia dalam MIT Technology Review. 2 tahun selepas penubuhan XIOAMI, Sales dah cecah USD $1 billion.
XIAOMI duduk ditangga keempat dalam penjualan handphone seluruh dunia dibelakang Apple, Samsung dan Huawei.
Tapi kat India, XIAOMI memang famous dan menjadi pilihan no 1 utk pilihan smart-phone jauh meninggalkan brand lain.

Syarikat Technology China memang jarang mengecewakan. Meskipun pernah jatuh sehingga bawah HK$10, tapi hari ini harga saham XIAOMI berada pada paras tertinggi iaitu HK$27.
Lebih menarik adalah, saham ini meningkatkan naik ketika dunia berada dalam krisis kesihatan wabak Covid-19. Ternyata para pelabur yakin dan tahu potensi yang ada pada syarikat ini.
Jadi kepada pelabur Global, jangan lupa untuk jenguk-jenguk saham XIAOMI yang terletak di pasaran HONG KONG. Sementara tengah murah, eloklah beli dan simpan sebagai pelaburan jangkamasa panjang.
Buat masa ini, saham Xiaomi memang best untuk kita trading. Alhamdulillah, dah banyak kali masuk dan keluar dengan berjaya.

Leave a Reply