
5 TIPS UNTUK MEMBELI SAHAM YANG SEDANG JATUH MEMBUAT PEMBETULAN.
Strategy ini dipanggil ‘ BUY ON DIP’ dan sesuai digunakan oleh swing trader, medium and long term investor. Antara kelebihan strategy ni adalah ia memberi ketenangan dan mempunyai risiko yang rendah.
1. TUNGGU AKTIVITI PENJUALAN SURUT
Selepas kejatuhan harga yang mendadak, kita mestilah tunggu beberapa hari sebelum membeli. Kalau dalam masa 10 hari, price tak recover memang bahaya kita nak masuk sebab penjualan mungkin akan berterusan.
2. MENCARI SUPPORT LEVEL YANG KUKUH
Support level adalah level yang paling rendah untuk harga saham tersebut dan level ni lah harga saham tu dijangka naik semula. Seni untuk mencari garisan support level adalah antara seni halus yang patut anda semua mahir sebelum nak berdagang saham.
3. MENGGUNAKAN GARISAN MOVING AVERAGE SEBAGAI PANDUAN
Korang boleh pergi ke charting software contoh investing.com lepas tu, try buka MA 50, 100 dan 200. Garisan yang terbentuk dalam chart tu boleh menjadi panduan untuk kita semua. Lagi besar MA tu, lagi kuat lah support level saham tu.

4. BULLISH CANDLESTICK ATAU BULLISH CHART PATTERN COMBINATION
Ada beberapa candle stick yang boleh memberi signal untuk market rebound antaranya adalah Hammer, Bullish Harami dan Bullish Engulfing. Selain itu, korang juga boleh menggunakan chart pattern bagi saham yang mempunyai momentum seperti pattern Flag, Pennant, Ascending Triangle. Kalau nampak candle ni keluar kat market bottom, boleh la kita consider nak beli okay.
5. MESTILAH UPTREND ATAU MEMBUAT PERUBAHAN TREND
Ramai orang silap kerana menggunakan teknik ini saat harga saham sudah berubah trend kepada downtrend. Sebab itu kita perlukan kombinasi Support Level, Chart Pattern untuk memastikan teknik entry yang kita gunakan adalah pada tempat yang betul.
Sekiranya kajian kita tidak menjadi atau strategi yang digunakan adalah pada waktu salah, apa yang dapat membantu kita?
Hanyalah Money Management(MM) yang dapat membantu kita. Gunakan apa strategi sekalipun, MM sahaja penyelamat kita. Kita manusia biasa, tiada siapa tahu apa akan berlaku hari esok.
SHARE artikel ini kepada rakan atau group korang untuk pembelajaran bersama. Stallion harap perkongsian dapat memberi idea kepada korang macam mana untuk entry sesuatu saham.
belajar sahambursa malaysiabuy on dipfund managerpasaran globalpelaburansaham bursasaham globalshariahstallion brothersstrategy tradingsyariah statusteknikal analisistwitterwall street