
Semenjak dua menjak ni ramai yang berminat dengan pelaburan global dan mula membuka mata tentang kelebihan melabur di pasaran global.
Untuk posting kali ini, Stallion nak share sikit statistik penting yang korang kena tahu sebelum nak berjinak dalam pelaburan global.
Dalam bahasa mudahnya, pelaburan saham global ni adalah pelaburan yang dilakukan luar dari pasaran Bursa Malaysia.
Jom tengok pasaran saham global mana yang paling best.
90,000 Saham Di Seluruh Dunia
Secara keseluruhan, pasaran saham dunia mempunyai lebih kurang 90,000 saham. Memang agak pening kalau kita tak tahu break-down untuk setiap pasaran saham yang ada di dunia ni.
Kalau korang nak tahu, ibu segala pasaran saham dunia terletak di United States atau lebih dikenali dengan panggilan Wall-Street yang merangkumi lebih 50% dari nilai keseluruhan saham yang ada di dunia.
Wall-Street mempunyai lebih 15,000 saham dengan nilai keseluruhan pasaran berjumlah $40 trillion.
So kalau kita cerita tentang melabur di pasaran global, sudah pasti Wall-Street adalah destinasi yang wajib untuk kita teroka.
Hampir kesemua syarikat terbaik dunia berlumba-lumba untuk meletakkan syarikat meraka di Wall-Street.
Syarikat terbesar yg ada di Wall-Street adalah Microsoft[s], Apple[s], Amazon[ns], Google[s] dan Facebook[s]. Lagi best, 4 daripada 5 saham ni adalah patuh shariah!

Pasaran kedua terbesar adalah pasaran saham Shanghai dan Shenzhen di China dengan nilai keseluruhan berjumlah $7 trillion.
Pasaran saham di China mempunyai lebih 3000 saham tetapi bukan semua saham boleh dibeli sebab kebanyakan saham besar di China dikawal oleh kerajaan.
Pelabur luar boleh beli, tetapi ada banyak rules and regulations kita kena ikut, sebab tu Donald Trump jealous dengan China.
Pasaran ketiga terbesar adalah pasaran saham di UK dengan nilai keseluruhan berjumlah $4.88 trillion.
Ada lebih 2800 saham yang didagangkan di UK dan antara saham terbesar adalah Shell, Uniliver, HSBC, BP dan BHP.
Tapi, pelabur atau trader pasaran global tak berapa suka sangat pasaran UK sebab movement agak lembab dan tak berapa meriah macam Wall-Street.
Kebanyakannya saham-saham tua yang dah mencapai tahap matang dan mendatar, maka pergerakan pun agak perlahan.
1600 Saham Di Germany
Next adalah pasaran saham di Germany dengan nilai keseluruhan berjumlah $2 trillion.
Secara total ada 1600 saham yang didagangkan di Germany dan yang terbesar adalah SAP, Siemens, VW, Adidas dan Diamler.
Kalau ikutkan pengalaman Stallion dari segi trading, Germany adalah pasaran kedua terbaik dibelakang Wall-Street.
Mereka mempunyai beberapa saham creative dan mempunyai ciri-ciri saham seperti di Wall-Street antaranya adalah Adidas, VW, Diamler dan BMW.
Pasaran Malaysia macam mana pulak?
Bursa Malaysia mempunyai lebih kurang 900 saham dengan nilai keseluruhan berjumlah $400 billion dan nilai ini seolah-olah tidak berkembang sejak 5 tahun lepas.
Sejak tahun 2014, pasaran saham Indonesia telah mula memintas Bursa Malaysia dan sekarang ni, nilai pasaran saham Indonesia sudah mencecah $500 billion dengan 677 saham didagangkan.
Dari segi prestasi, pasaran saham mana yang paling baik?
Sudah pasti la pasaran Wall-Street sebab Wall-Street dipenuhi dengan saham-saham creative yang telah berjaya menawan masyarakat dunia.
Untuk tempoh 5-10 tahun, kenaikan 500% – 1000% adalah normal utk saham Wall-Street.
Kalau korang nak jadi pelabur saham di pasaran global, tolonglah fokus kepada saham-saham Wall Street.
Saham negara Eropah, China, Japan dan lain-lain memang tak boleh nak lawan.
belajar sahambursa malaysiapasaran globalpelaburansaham bursasaham globalshariahstallion brotherssyariah statusteknikal analisiswall street
Leave a Reply