fbpx
Reading:
Siapa ‘Jerung’ Terbesar Di Dunia

Siapa ‘Jerung’ Terbesar Di Dunia

December 26, 2020

4 JERUNG TERBESAR DUNIA YANG MENJADI PENGGERAK PASARAN SAHAM GLOBAL

Jerung adalah bahasa pasar yang merujuk kepada pelabur institutional. Korang tau tak apa fungsi pelabur institutional tu?

Dorang ni adalah syarikat professional yang menguruskan dan mengembangkan dana orang awam dan syarikat kat pasaran modal.

Mereka membuat pelaburan di merata dunia dan hanya membeli saham-saham yang mempunyai potensi yang tinggi sahaja.

So dengan bahasa mudah, kalau korang nampak salah satu jerung global ni ada dalam saham di Bursa, boleh kata saham tu mesti mempunyai prospek.

1: Blackrock

Kalau nak main saham global korang wajib kenal Blackrock.

Mereka adalah pengurus dana terbesar didalam dunia dengan dana terkumpul sebanyak $6.8 trillion.

Blackrock mula ditubuhkan pada tahun 1988 di United States. Kalau korang nak tahu Blackrock juga adalah listed di pasaran Wall-street.

Syarikat ini mempunyai 70 offices di lebih 30 buah negara di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Boleh kata hampir kesemua saham Blue-chip di seluruh dunia dorang ada pegang.

Pegangan terbesar mereka adalah dalam syarikat Microsoft, Apple, Amazon dan Facebook.

2: The Vanguard Group

Jerung kedua terbesar dunia ni mempunyai dana terkumpul berjumlah $5.3 trillion dan ia berasal dari Pennsylvania, United States pada tahun 1975.

Syarikat ni ditubuhkan oleh legend yang bernama John C Bogle.

Antara pegangan terbesar Vanguard adalah Microsoft, Apple, Amazon dan Facebook.

Kat Bursa Malaysia dorang ada pegang Tenaga, Maybank, Petronas Chemical dan beberapa Blue-chip yang lain.

3: State Street Global Advisors

Jerung ketiga terbesar ni juga berasal dari Boston, United States yang ditubuhkan pada tahun 1978 .

Mempunyai dana terkumpul berjumlah $.2.8 trillion.

Ini adalah syarikat yang pertama di dunia yang mencipta product ETF pada tahun 1993 dengan memperkenalkan S&P 500 SDPR atau lebih dikenali dengan SPY US.

Pegangan saham terbesar State Street adalah hampir sama dengan Blackrock dan Vanguard.

Di mana pegangan mereka lebih condong ke arah pasaran di United States.

4: Fidelity Investment

Fidelity atau dikenali dengan FMR adalah antara jerung global tertua di dunia yang ditubuhkan pada tahun 1946 di Boston United States.

Selepas 73 tahun beroperasi, Fidelity berjaya mengumpul dana sebanyak $2.5 trillion.

Fidelity ni juga adalah brokerage firm dan mempunyai lebih 140 cawangan di serata United States. Pegangan saham pon lebih kurang sama je macam tiga kat atas tu.

Geng-geng jerung global ni mempunyai kriteria pemilihan saham yang tersangatlah ketat.

Hanya saham yang mempunyai potensi besar sahaja boleh masuk didalam list mereka.

Selalunya tempoh pelaburan jerung-jerung global ni adalah panjang dan selagi saham tu perform selagi tu lah dorang akan duduk dalam tu.

Sebab tu salah satu tips mudah untuk pilih saham jangka panjang adalah dengan melihat aktiviti jerung-jerung global ni.



2 Comments
  1. Datu Indal. Datu Ismail
    December 30, 2020

    saya berminat mahu belajar tentang saham

    Reply Reply
    • kuasadmin
      December 31, 2020

      Boleh daftar di www.stallionbrother.com atau hubungi admin kami 012-6953532 untuk daftar

      Reply Reply

Leave a Reply

Related Stories

June 10, 2021

Analisis Saham Under Armour 10 Jun 2021

January 1, 2021

Saham Syarikat Sosial Media Di Wall Street

June 2, 2021

Analisis Saham Global Oreilly (ORLY)

Arrow-up