ORANG KATA SANTA CLAUS RALLY SELALU BERLAKU HUJUNG TAHUN, BETUL KE??
Santa Claus rally adalah salah satu fenomena bermusim yang selalunya berlaku di pasaran global. Ia bermaksud pasaran saham akan naik dengan mengganas pada 5 hari terakhir bulan Disember.
Pasaran saham selalunya akan naik dengan mendadak pada beberapa bulan pertama pada tahun baru. Fenomena ini juga dipanggil January effect.
Tapi korang kena ingat ini hanyalah seasonal effect dan korang tak boleh membeli saham semata-mata dengan mengikut theory ini.
Pembelian saham mestilah mengikut sama ada menggunakan teknik fundamental atau pun teknikal dan seasonal effect ini hanyalah bonus kepada pelabur.
Kalau ikut sejarah pasaran saham, permulaan tahun baru selalunya adalah positive dan mungkin akan berlarutan sehingga bulan April – May.
Tapi apakah logik disebalik Santa Claus rally?
Kebiasaannya, dalam tempoh perayaan hari Christmas ramai orang akan berbelanja dan banyak kedai akan menawarkan discount yang besar.
Kalau kat UK kita panggil Boxing day. Bila ramai orang turun padang untuk shopping, jumlah jualan akan meningkat dengan mendadak dan secara tak langsung ia memberi kesan kepada harga saham.
Kalau kat pasaran Bursa, kita ada Chinese New Year rally yang selalunya akan berlaku pada awal tahun. Konsep theory dia hampir sama je dengan Santa Claus rally.
Kebiasaanya, dalam tempoh itu kaum Cina akan berbelanja sakan dan memberi angpau kepada sanak saudara, staff dan orang ramai.
Kejadian ini akan meningkatkan kitaran duit dipasaran dan sentiment positive ini mampu memberi kesan positive pasaran saham.
Sebab tu pergerakkan saham memang berkait rapat dengan suasana emosi manusia dan setiap inchi pergerakan saham tu terhasil dari sikap manusia sendiri.
Bila ada festive season atau musim perayaan je pasaran saham selalunya akan menjadi lebih positive dari normal.
Kalau kat pasaran global, antara saham yang berkait rapat dengan musim perayaan adalah saham retailer seperti WALMART, AMAZON, APPLE, NIKE dan HOME DEPOT.
Kalau kat Bursa pulak adalah PADINI, AEON, NESTLE, LEONG HUP dan F&N.
belajar sahambursa malaysiapasaran globalpelaburansaham bursasaham globalshariahstallion brotherssyariah status