Seperti yang dijanjikan, kami sediakan artikel khas untuk anda mengenai syarikat di Malaysia yang berada dalam ‘Global Supply Chain’.
Kelembapan ekonomi domestik telah memberi kesan yang besar kepada saham-saham old-timer atau conglomerate sebab kebanyakan mereka mempunyai bisnes yang lebih fokus kepada pasaran domestik. So, bila pasaran domestik mengalami kelembapan, syarikat yang struggle untuk menjana keuntungan akan secara automatik memberi kesan kepada pergerakan saham mereka.
Contoh-contoh saham yang hanya fokus kepada pasaran domestik adalah saham-saham dari sektor telco seperti MAXIS, DIGI dan AXIATA. Walaupun ada antara mereka mempunyai kehadiran atau presence di negara luar, tetapi ia kurang membantu sebab segment domestickmasih lagi penyumbang terbesar untuk syarikat. So bila kuasa membeli rakyat berkurang, sudah pasti kitaran produk akan menjadi slow dan pakej-pakej yang mahal tidak dapat dijual.
Contoh kedua adalah saham gergasi seperti TNB dan juga PETRONAS DAGANGAN. Dua saham otai di Bursa ini sedang bergelut dengan masalah kelembapan ekonomi domestik dan melihat kepada prestasi semasa, sudah pasti mereka tidak mampu lagi untuk mengekalkan bayaran dividend yang tinggi kepada pelabur sebab profit yang dijana kian merudum disebabkan oleh impak keadaan semasa. Aktiviti kilang & commercial kian berkurang dan kurangnya pergerakan kenderaan di jalan raya adalah antara impact terbesar kepada TNB dan PETRONAS DAGANGAN.
Sebab tu, kalau kita ada ilmu, sudah pasti kita dapat mengelakkan diri dari mengalami kerugian dengan membeli saham-saham seperti di atas pada masa yang salah. Memang mereka semua tengah murah sekarang ni sebab sedang bergelut dengan keadaan semasa, tapi dorang ni berpotensi untuk menjadi lebih murah pada masa akan datang. Nak beli boleh tapi memang kena set untuk long long long-term punya investment lah.
So, disebabkan ekonomi domestik agak slow, kita kena bijak untuk tukarkan interest atau target kita kepada saham saham yang mempunyai exposure atau business yang fokus kepada market luar negara. Segment ini mampu memberikan lonjakan pada kadar yang singkat atau sederhana kalau kita masuk pada timing yang betul. Antara segment yang paling tersohor atau mempunyai biggest exposure diluar negara sudah pasti glove stocks. Tetapi segment ini telah pon naik mendadak dan mungkin bersiko kalau tetibe ada vaccine.
Segment kedua yang anda boleh perhatikan adalah segment technology. Terdapat banyak saham-saham technology di Malaysia ni yang berada didalam global supply chain untuk pembuatan alatan electronic ternama dunia. Segment ini dipanggil OSAT atau Global Outsourced Semiconductor Assembly and Test. Antara saham yang berada dalam segment OSAT adalah INARI, KESM, MPI, GLOBETRONIC dan UNISEM. Boleh kata hampar 100% business meraka ni adalah diluar negara dan menjadi support kepada saham-saham Tech ternama dunia seperti APPLE, BROADCOM, INTEL, HUAWEI dan lain-lain. Perkembangan technology 5G memang dapat membantu perkembangan business mereka.
Segment ketiga adalah kita panggil EMS atau Electronic Manufacturing Services. Banyak analysts-analysts pasaran Bursa Malaysia telah membari rating positive kepada segment ini sebab meraka ni mampu mendapat manfaat dari pergaduhan antara US dan juga China. Antara saham yang berada dalam segment ini adalah VS INDUSTRIES, SKP RESOURCES dan ATA IMS. Banyak syarikat dari US dan Eropah telah memindahkan aktiviti pembuatan keluar dari China dan Malaysia adalah antara destinasi pilihan mereka. Antara syarikat atau jenama besar yg menjadi customer mereka adalah DYSON, IROBOT, SHARK dan lain-lain.
Haaa ini baru sikit je, ada banyak lagi saham-saham hebat Bursa yang berada di pentas dunia. Kebanyakan trend saham mereka memang cantik dan boleh di letakkan dalam check list utk saham janga pendek dan sederhana. Kita akan komen dengan lebih dalam berserta strategy dalam program Bursa yang akan datang nanti.
belajar sahambursa malaysiapasaran globalpelaburansaham bursasaham globalshariahstallion brotherssyariah status
Leave a Reply