fbpx
Reading:
Pelajari Candlestick Chart Pattern Dan Kegunaannya

Pelajari Candlestick Chart Pattern Dan Kegunaannya

August 31, 2020


APAKAH ITU CHART PATTERN?

Chart Pattern adalah elemen penting dalam teknikal analisis. Setiap pelabur dan pedagang wajib tahu ilmu Chart Pattern sebagai panduan untuk mereka analisa pergerakan harga sama ada saham, gold, brent oil, forex dan lain-lain. Chart Pattern adalah pattern yang terbentuk dari pergerakan harga dan dapat membantu kita untuk menentukan kemana arah atau direction harga seterusnya. Pattern atau Corak harga ini dipandukan berdasarkan harga pasaran sebelumnya.

Chart Pattern lebih sesuai digunakan dalam carta harga Candlestick, ia bagi memudahkan lagi untuk kita mengenal pasti harga buka dan tutup pada pasaran.

Anda perlu tahu bahawa bukan semua chart pattern sesuai digunakan dalam satu masa. Perlu kaji apakah jenis chart pattern yang sering terbentuk dalam sesuatu saham. Kerana ada jenis Chart Pattern yang sesuai untuk Volatile Market, dan ada yang sesuai untuk keadaan yang sebaliknya. Ada juga pattern yang sesuai untuk kita guna pada pasaran BULLISH dan ada pattern yang sesuai untuk pasaran BEARISH.

Sebab itu penting bagi seorang pedagang untuk mengenal pasti Chart pattern mana yang terbaik dalam setiap analisis, ia bagi meningkatkan percentage peluang kepada kita untuk bertindak dengan lebih awal supaya kita dapat maximize the profit atau dapat mengurangkan risiko.

APAKAH JENIS CHART PATTERN YANG ADA DALAM TEKNIKAL ANALISIS?

Untuk pengetahuan anda, terdapat dua jenis atau dua kategori Chart Pattern dalam topik teknikal analisis, iaitu CONTINUATION PATTERN dan REVERSAL PATTERN.

CONTINUATION PATTERN memberi signal di mana harga pasaran akan meneruskan kenaikan mengikut kepada trend harga semasa. Contohnya apabila harga saham sesebuah syarikat bergerak dalam keadaan uptrend, ia akan berehat membuat correction/retracement. Semasa retracement inilah akan terbentuknya Chart Pattern.  Sekiranya yang terbentuk adalah Continuation Pattern, maka harga pasaran akan meneruskan kenaikan mengikut trend sebelumnya.

REVERSAL PATTERN pula memberi signal sebaliknya dimana pattern ini dapat memberi tahu kita bahawa pasaran dalam keadaan lembab atau momentum dah tak kuat dan berkemungkinan boleh bertukar arah daripada uptrend ke downtrend atau sebaliknya. Untuk reversal pattern, cara terbaik penggunaannya adalah dengan gabungan Support & Resistance.

Itulah penerangan tentang Chart Pattern untuk korang belajar, faham dan praktis. Kalau korang nak tahu, Chart Pattern adalah strategi yang paling digemari oleh seorang trader berjaya. Kira lejen la kat US. Nama trader tersebut adalah Dan Zanger. nanti korang google dan buat research kaedah trading Dan Zanger ni. Nanti korang tahu berapa modal dia mula dan berapa dia hit. Yang bestnye, Dan Zanger ni kongsikan pattern yang paling dia suka gunakan semasa trading adalah pattern Flag. Kiranya dalam kategori Continuation Pattern. So, lepas ni boleh praktis kat akaun demo dulu. Harap korang belajar sesuatu daripada artikel ini.

Please SHARE kalau korang nak kitorang cerita lebih dalam lagi setiap pattern dan cara penggunaannya dalam artikel seterusnya.



0 Comments

Leave a Reply

Related Stories

December 15, 2020

Apakah Fibonacci? Bagaimana ia Berfungsi?

June 5, 2021

Analisis Saham DNEX (04jun2021)

June 2, 2021

Analisis Saham Global Oreilly (ORLY)

Arrow-up