
Ini adalah antara cerita terbesar minggu ni. Kejadian ini telah memberi tamparan hebat kepada global financial industry.
Selama ini ia hanya di dominasi oleh pelabur berstatus elit atau institutional.
Fenomena ini dijangka akan mengubah dinamik pelaburan di seluruh dunia dan akan menjadikan pasaran saham lebih menarik.
Kejadian ini telah melibatkan beberapa saham dan untuk posting kali ini kita akan focus kepada Gamestop atau GME.
Sebab saham ni lah paling hangat dan bergerak paling banyak sekali.
GME adalah syarikat yang menjual permainan video yang berkonsepkan physical stores.
Syarikat ni berada dalam keadaan kewangan yang parah sebab gaming industry telah berubah.
Banyak game developer menjual product secara online dah juga software-based.
Cerita jadi menarik lepas Ryan Cohen, salah seorang entrepreneur digital membeli sebahagian besar saham GME.
Sebab utama beliau beli adalah untuk transform perniagaan GME ke arah digital, e-sport dan mobile gaming.
Ramai pelabur marhaen suka dengan effort yang dilakukan dan ada juga menyokong dengan membeli saham GME.
Situasi menjadi tegang apabila ada beberapa hedge funds atau jerung telah membuka short-position yang besar terhadap GME sebab meraka rasa syarikat GME ni bakal tumbang.
Tahu tak short position tu apa?
Short position ni membolehkan jerung-jerung ni mendapat profit apabila saham jatuh.
Instrument ini memang ada di seluruh dunia termasuk Bursa Malaysia dimana beberapa investment bank menawarkan service ini kepada pelabur.
Tetapi setiap pasaran mempunyai rules yang berbeza dan pasaran Wallstreet memang terkenal dengan instrument short position. Free-market laa katakan.
Dengan kuasa social media, pelabur marhaen telah bersatu untuk memastikan harga saham GME terus naik.

Tujuan utama untuk menggagalkan usaha jerung mendapat profit daripada short position mereka.
Melvin Capital adalah salah satu jerung atau hedge fund yang mempunyai short position terbesar dalam saham GME.
Kenaikan beratus-ratus percent saham GME dalam masa yang singkat telah mengakibatkan Melvin Capital rugi berpuluh billion dollar.
Situasi menjadi lebih panas apabila ICON anak muda, Elon Musk, telah mengeluarkan kenyataan di twitter yang menyokong usaha pelabur marhain tersebut.
Elon Musk memang pantang dengan short-seller ni.
Jadi keadaan ini telah membuatkan momentum pelabur marhain semakin mengganas sampai jerung besar pun takut nak membuka short-position.
Hype ini mungkin tidak bertahan lama tetapi shock-wave yang terhasil dari kebangkitan pelabur marhain ini dijangka akan memberi impact yang besar kepada pergerakan pasaran saham dalam jangka panjang.
Stallion rasa selepas ni sudah pasti domnasi pelabur professional atau jerung akan dicabar dengan kuasa social media.
Selain itu, kejadian ini juga akan menarik lebih banyak pelabur ke dalam pasaran saham, secara tak langsung akan menghasilkan satu momentum.
Positif atau tidak, kita tunggu dan lihat.
amcamdbelajar sahambursa malaysiafund managergamestopgmejerungpasaran globalpelaburanredditsaham bursasaham globalshariahstallion brothersstatus syariahstrategy tradingteknikal analisiswall street