fbpx
Reading:
Cara Semak Jerung Dalam Saham Bursa Malaysia

Cara Semak Jerung Dalam Saham Bursa Malaysia

January 30, 2021

‘JERUNG’ ni sebenarnya merujuk kepada institusi pelaburan yang mempunyai fund atau duit yang banyak untuk dilaburkan.

Fund ini akan dilaburkan dalam syarikat yang berpotensi untuk memberikan pulangan kepada pelabur-pelabur atau client mereka.

Contoh jerung di Bursa Malaysia ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF), Khazanah Nazional, Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Pemodalan Nasional Berhad (PNB) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Perlu kita tahu, jerung membeli untuk jangkamasa panjang. Jadi, pemilihan saham memanglah tersangat teliti.

Oleh itu, saham yang dibeli jerung adalah saham yang bagus untuk kita perhatikan sebagai pelabur runcit.

Macam Mana Nak Semak?

Kami akan tunjukkan cara untuk kita semak. Kita akan gunakan laman web Bursa Marketplace

STEP 01

sumber: Google

Mula-mula, anda perlu search di google ‘Bursa Marketplace’

STEP 02

sumber: Google

Kemudian pilih atau klik Bursa Marketplace / www.bursamarketplace.com seperti yang dibulatkan dalam gambar di atas.

STEP 03

Screen anda akan tertera interface website Bursa Marketplace.

sumber: Bursa Marketplace
sumber: Bursa Marketplace

Seterusnya, klik icon button search di bahagian atas kanan website.

Step 04

sumber: Bursa Marketplace

Taip nama saham atau nama syarikat yang anda ingin semak. Sebagai contoh. kami pilih syarikat Tenaga Nasional.

Kemudian klik nama saham di senarai yang dipaparkan.

Step 05

Skrin anda akan tertera maklumat harga terkini dan info-info lain yang berkaitan dengan saham syarikat Tenaga Nasional.

sumber: Bursa Marketplace
sumber: Bursa Marketplace

Kemudian anda hanya perlu klik button ‘OWNERSHIP’ untuk lihat senarai jerung yang ada.

Website akan paparkan senarai penuh siapa jerung yang ada pegangan dan berapa banyak pegangan saham mereka.

sumber: Bursa Marketplace
sumber: Bursa Marketplace

Mudah je kan?? Semuanya hanya dihujung jari untuk kita semak.

Cuma bila orang tanya “Boleh tak nak tahu timing bila jerung membeli??”

Kami boleh kata tiada kaedah analisis yang tepat sebenarnya. Kadang-kadang, boleh jadi mereka membeli sedikit demi sedikit sewaktu sideways / accumulation phase.

Sebagai trader, kita tunggu je sesuatu saham ada momentum dan ada signal buy untuk kita entry.

Tetapi jika kita pelabur, tiada masalah untuk kita beli dan simpan jangkamasa panjang.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda membuat semakan dan memilih saham.

Related Stories

May 31, 2021

Analisis Pergerakan KLCI 30 Mei 2021

December 31, 2020

Mampukah 2021 Ulang Kecemerlangan Pasaran Saham

June 7, 2021

Analisis Pergerakan Saham IJM 06 Jun 2021

Arrow-up