fbpx
Reading:
Antara Syarikat Global Masih Murah Dan Patuh Shariah

Antara Syarikat Global Masih Murah Dan Patuh Shariah

June 13, 2021

Simpan dan labur. Itulah kaedah yang digunakan oleh institusi pelaburan terhadap simpanan kita. Kalau tidak, macam mana nak bagi dividen tahunan.

Sebenarnya kita pun boleh lakukan sendiri. Sebahagian simpanan, kita melabur dalam saham Malaysia dan saham global.

Itulah yang dinamakan dengan diversifikasi. Mempelbagaikan sumber.

Simpan dengan melabur dalam saham syarikat untuk pendidikan anak, untuk persaraan atau untuk perniagaan.

Sebab tu ada keluar news tauke-tauke, pemilik syarikat ada beli balik saham syarikat diorang. Memang membantu pun untuk gandakan cash reserve bisnes diorang.

Sekarang ni semuanya online. Tiada masalah nak pegang berapa lama, nak jual bila atau nak keluarkan duit pelaburan kita. SAH & PATUH SHARIAH.

INI 5 SYARIKAT GLOBAL MAMPU MILIK DAN PATUH SHARIAH UNTUK ANDA SEMAK, BUAT KAJIAN.

1. Under Armour (UAA)

Under Armor, Inc. adalah sebuah syarikat yang menghasilkan, memasarkan dan mengedar pakaian, kasut dan aksesori berjenama untuk lelaki dan wanita.

Produknya dijual ke seluruh dunia dan digunakan oleh atlet di semua peringkat. Dari remaja hingga profesional.

Malah menjadi pilihan pakaian kasual, pakaian harian dengan gaya hidup aktif.

Terkini harga 1 UNIT saham Under Armour adalah sekitar 21USD.

2. HP Inc. (HPQ)

HP Inc. adalah sebuah syarikat menyediakan produk pengkomputeran peribadi dan peranti akses, produk imaging dan printing, serta teknologi dan perkhidmatan yang berkaitan di Amerika Syarikat dan antarabangsa.

Syarikat ini beroperasi melalui tiga segmen: Sistem Peribadi, Percetakan, dan Pelaburan Korporat.

Terkini harga 1 UNIT saham HP adalah sekitar 30USD.

3. LKQ Corporation (LKQ)

LKQ Corporation merupakan syarikat pengedar alat ganti, komponen, dan sistem yang digunakan dalam pembaikan dan penyelenggaraan kenderaan.

Syarikat ini beroperasi di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Jerman, Belanda, Luxembourg, Itali, Poland, Slovakia, Austria, Taiwan, dan pelbagai negara Eropah yang lain.

Terkini harga 1 UNIT saham LKQ adalah sekitar 48USD.

4. Uber Technologies, Inc. (UBER)

Uber Technologies, Inc. merupakan sebuah syarikat yang membangunkan dan mempopularkan sistem e-hailing kepada dunia.

Membangunkan sistem teksi tanpa memiliki sebuah teksi.

Syarikat ini beroperasi melalui empat segmen: Mobiliti, Penghantaran, Pengangkutan, dan Advanced Technologies Group (ATG) dan Program Teknologi berkaitan.

Terkini harga 1 UNIT saham UBER adalah sekitar 50USD.

5. Marvell Technology, Inc. (MRVL)

Merupakan syarikat semikonduktor yang beroperasi di United States, China, Malaysia, Filipina, Thailand, Singapore, India, Jepun, Korea Selatan, Taiwan, dan Vietnam.

Produk yang dihasilkan adalah seperti storage hard disk drive (HDD), dan solid state drives (SSD).

Terkini harga 1 UNIT saham MARVELL adalah sekitar 52USD.

Di global kita boleh 1 unit sahaja.

Jangan terkejut tengok harga 1 unit. Sebab kat global, kita boleh 1 unit.

Kalau kat Malaysia,1 lot = 100 unit kan?

Tapi di global 1 lot = 1 unit je.

Amacam? Menarik?

Carilah ilmu dan cara nak mulakan. Pelaburan itu perlukan modal dan perlukan masa untuk dapat pulangan. Bukan hari ni tanam, esok dah keluar buah.


Related Stories

December 14, 2020

Statistik Menarik Tentang Dunia Pelaburan Global

December 16, 2020

Airbnb Naik Lebih 100% Hari Pertama Listed !

January 31, 2021

Kebangkitan Pelabur Marhaen Menumbangkan Jerung

Arrow-up