fbpx
Reading:
5 Tips Untuk Panduan Swing Trader

5 Tips Untuk Panduan Swing Trader

February 13, 2021

Semua orang boleh menjadi swing trader. Tak kisah apa latar belakang anda. Asalkan anda ada kemahuan dan berani ambil risiko. Tetapi itu semua perlu diterjemahkan dengan ilmu pengetahuan bukan zero tak tahu apa-apa nak terjah masuk pasaran. Berikut 5 Tips Swing Trading.

1. Sedar Diri Dengan Modal Yang Ada

Ini perkara utama yang kena kita kena clear. Sedar diri. Modal kena realistik. Mindset cepat kaya kena buang jauh-jauh.

Modal RM2,000 untuk mula di global atau Bursa Malaysia itu agak realistik. Tapi bagi kami, platform yang lebih pantas untuk gandakan dengan modal serendah itu adalah pasaran global.

Cadangan kami, gandakan di global dahulu. Kemudian bawa keluar profit dan tinggalkan modal sahaja, kita gandakan pula di Bursa Malaysia. Secara tidak langsung kita membantu ekonomi negara.

2. Mencari Saham Yang Mempunyai Momentum

Menjadi swing trader, kita tidak akan fokus kepada buy and hold position. Mindset kita adalah winning position.

Oleh itu penguasaan ilmu Teknikal Ananlisis adalah amat penting. Perlu diketahui, pasaran global dan pasaran Bursa Malaysia adalah dua entiti yang berbeza perangainya. Jadi, apa yang digunakan di pasaran global tidak semestinya sesuai digunakan di Bursa Malaysia.

3. Entry Hanya Bila Market Betul Steady Dan Ada Entry Atau Reversal Signal

Manusia ni ada satu perangai suka adakan entry. Bagi mereka news-news ni benda biasa. Di global anda perlu ambil tahu news-news semasa. Terutama tarikh earning report sesuatu saham.

Kalau di Bursa Malaysia, news tentang minyak memang bagi kesan pada saham yang ada hubungkait. Senang untuk meluncur naik dan senang untuk meluncur jatuh.

Baca lanjut: Pelajari Candlestick Chart Pattern Dan Kegunaannya

4. Jangan Kejar Harga

Ini pantang larang untuk menjadi swing trader. Jika anda kejar harga, memang kena lipat dengan pasaran. Kebanyakkan mereka yang terkena sebab kejar harga, tiba-tiba berubah menjadi seorang “Pelabur Jangkamasa Panjang”. Gara-gara hope, sedapkan hati bisnes saham syarikat yang dibeli bagus.

Akhirnya modal tersangkut, sedangkan ada banyak kaunter saham lain mencanak naik. Dan anda hanya mampu melihat dari tepi. Dan tak tahu kenapa waktu ni tahap kesabaran jadi tinggi. Tiberrrr…

Baca lanjut: Apa Tu BOD. Bagaimana Nak Guna.

5. Disiplin Take Profit Dan Cut Loss

Untuk swing trading, kita mesti ada target take profit dan cut loss. Range take profit adalah sekitar 10% – 30% setiap trade. Dan range cut loss tidak lebih daripada 10% – 20%.

Kesilapan biasa yang sering berlaku kepada swing trader adalah tidak cut loss secepat mungkin tetapi take profit sepantas mungkin. Hal ini menyebabkan portfolio mereka semakin teruk dan modal semakin ciput.

Related Stories

June 12, 2021

Analisis Saham Salesforce (CRM) 11 Jun 2021

December 15, 2020

Apakah Fibonacci? Bagaimana ia Berfungsi?

June 7, 2021

Analisis Pergerakan Saham IJM 06 Jun 2021

Arrow-up