Untuk pasaran Bursa Malaysia, penting untuk kita tahu benda asas untuk pilih saham. Sedikit sahaja perbezaan dengan Pasaran Global. Tapi mampu bagi kesan yang besar.
Jom checkout apa 5 perkara perlu kita tahu.
1. MEMPUNYAI TREND YANG SEMPURNA
Trend mestilah uptrend atau naik 45 darjah. Trend kenaikan mestilah stabil macam kapal terbang berlepas. Uptrend yang bagus memberi signal kepada kita syarikat itu mempunyai business yang stabil.
2. VOLUME MENYOKONG KENAIKAN SAHAM
Haa ini paling penting sekali, volume adalah indicator utama untuk berdagang saham di Bursa Malaysia. Volume kurang bermakna kaunter tu tak stabil.
3. JERUNG BESAR SEBAGAI SALAH SATU PEMEGANG SAHAM
Selalunya jerung memang akan membeli kaunter yang mempunyai business yang stabil. Jerung bukan macam trader biasa. Jerung tak beli hari ini, jual hari ini.
4. HARGA SAHAM RM0.50 KE ATAS (Penny stock)
Salah satu cara yang berkesan untuk mengurangkan risiko dipermainkan oleh syndicate. Saham yang mahal, perlukan banyak dana untuk push harga.
5. SAHAM TIDAK MEMPUNYAI UNSUR-UNSUR POLITIK
Unsur politik akan mempengaruhi pergerakan saham dan membuatkan kita susah nak baca pergerakannya.
Ini adalah antara TIPS yang simple dan boleh anda gunakan untuk memilih saham yang berkualiti. Selamat mencuba!
belajar sahambursa malaysiapasaran globalpelaburansaham bursasaham globalshariahstallion brotherssyariah status
Leave a Reply