fbpx
Reading:
5 Hujah GRAB Syarikat Berkualiti Berpotensi

5 Hujah GRAB Syarikat Berkualiti Berpotensi

June 20, 2021

Selepas 9 tahun beroperasi, Grab bakal memasuki pasaran saham terbesar dunia hujung tahun ini.

Jangkaan saiz syarikat ini adalah berjumlah USD40 billion atau RM160 billion.

Pasaran Wall-Street adalah destinasi pilihan dan Grab telah menggunakan SPAC sebagai laluan ke pasaran saham.

Altimeter Growth Corp adalah nama saham di US yang bakal bergabung dengan Grab.

Deal ini dijangka akan selesai pada suku ke-empat tahun 2021.

Grab hanya memerlukan 5 tahun untuk mengalahkan Maybank dari segi nilai syarikat. Apa yang power sangat grab ni? Jom kita bincangkan….

1. MARKET SEBESAR 650 JUTA

Grab beroperasi di 8 buah negara dalam rantau ASEAN yang mempunyai populasi dua kali ganda dari United States.

Kalau kita tengok statistik pada tahun 2020, Grab telah berjaya menduduki tangga No 1 dalam segment e-hailing, food delivery, dan financial services di rantau ini.

Aliran wang tunai dalam platform Grab hampir mencacah USD13 billion pada tahun lepas.

Nilai ini dijangka akan naik lebih 100% dalam masa 3 tahun.

Dengan market sebesar itu dan brand loyalty yang kukuh, tidak mustahil Grab boleh menjadi Amazon of ASEAN.

2. MENGUBAH CARA HIDUP

Grab telah membuka peluang pekerjaan dan menjadi punca rezeki yang baru kepada jutaan manusia di rantau ASEAN.

Kehadiran Grab juga telah mengubah landscape perniagaan dan pengangkutan secara besar-besaran di rantau ini.

Sekiranya sesebuah produk itu telah berjaya mengubah cara hidup manusia, ia mempunyai potensi untuk terus kekal dalam masa yang panjang.

Inilah yang kita panggil revolutionary product sama seperti Google, Apple dan Microsoft. Ciri-ciri ini akan membuatkan pelabur meletakkan premium yang tinggi kepada Grab.

3. MELANGKAH KE AREA DIGITAL BANK

Grab telah mendapat lesen untuk menjadi sebuah Digital Bank di Singapura pada December 2020.

Lesen ini akan membolehkan Grab untuk menawarkan financial products seperti investment, insurance dan loan financing.

Dengan pengalaman dan customer based yang besar, memang tidak menjadi masalah untuk Grab menjadi Digital Bank terbesar di rantau ASEAN.

Ini mampu memberi satu tujahan yang positif kepada saham Grab dalam jangka panjang.

Sebab pasaran ASEAN adalah antara pasaran yang mempunyai growth rate paling tinggi untuk sektor perbankan.

4. ASEAN MARKET YANG UNIK

Pasaran ASEAN adalah satu pasaran yang unik kepada pelabur global sebab rantau ini mempunyai kadar pertumbuhan yang paling tinggi di dunia.

Apa yang lebih menarik adalah ASEAN mempunyai kadar Internet penetration yang agak tinggi sekitar 60-70% secara purata

Ini telah menyebabkan ramai pelabur global sanggup untuk membayar premium yang tinggi kepada semua saham-saham digital dari ASEAN.

Sebagai digital player No.1 ASEAN, Grab dilihat sebagai pintu masuk ASEAN oleh pelabur global.

5. TEKNOLOGI YANG PADU

Teknologi telah membantu Grab untuk mengendalikan operasinya pada kadar yang jauh lebih rendah dari syarikat tradisional lain dan tidak memerlukan pelaburan asset yang besar.

Grab hanya mempunyai 6000 kaki tangan untuk mengendalikan aliran wang sebanyak $12.5 billion setahun.

Ini adalah konsep yang sama diguna pakai syarikat teknologi terkenal di Wall-Street.


Kepada anda yang baca artikel ini, sama ada pengguna Grab, rider Grab atau vendor Grab, cubalah rancang dan lakukan sesuatu.

Adakan simpanan dan jadikanlah diri anda business partner syarikat yang anda cari makan. Jadikanlah diri anda business partner syarikat yang anda selalu gunapakai services mereka.

Cari ilmu dan belajar macam mana nak beli saham syarikat ini.

Jangan lupa share kat kawan-kawan atau ahli keluarga tentang potensi ni okay.

Semoga bermanfaat dan membantu anda.

Related Stories

September 13, 2020

Gergasi Semikonduktor Dunia Yang Beroperasi Di Malaysia

December 16, 2020

Airbnb Naik Lebih 100% Hari Pertama Listed !

June 1, 2021

Analisis Saham Microsoft 31 Mei 2021

Arrow-up